Sunday, February 12, 2012

couple jauhjauh



Baca status orang ni kat Facebook... Dia kata, sakit couple jarak jauh..

Hmm... Pada aku, sakit sikit je as long as kau kuat. Yang penting ada rasa percaya yang tinggi. Yang penting ada kejujuran dalam hubungan. So, it's will be okay..

Ok lah. Aku tahu. Kau mesti jeles tengok orang lain dating seronok seronok je kan? Jeles tu normal je kot. Tapi dating setahun 3 kali je pun ok ape? Aku pernah, dalam setahun, jumpa sekali je. Bila rezki lebih ada banyak masa terluang, untung la dapat dating 2 ke 3 ke 4 kali. Hehe.. Ok je...

Bila angin tengah tak baik, memang la rasa macam tah pape je... Tapi tu sekejap je.. Yang penting kau kuat.. Lepas kau dah normal balik, kau akan boleh terfikir rasional dan kau akan amik pakai dari bahagian yang positif, dan kau akan rasa tak jumpa selalu itu sebenarnya ok je..Setiap yang berlaku ada sebab dan akibat..

Dah masuk tahun keempat aku couple jauh jauh nie.. Dan bila jodoh panjang, mungkin akan bertambah lagi 3 ke 4 ke 5 tahun ke hadapan.. Yelah, macam yang korang tahu, kekasih kat Sarawak kan. Bukan senang senang nak pindah semenanjung macam sekali petik jari je. Jadi aku cuma mohon dijadikan kuat dan dapat memelihara hubungan ini dengan baik..

Jodoh tak ke mana kan? Allah dah tentukan yang terbaik buat hamba hambaNya. Termasuk la dalam hal jodoh dan rezeki. Bukan ajal maut je. Dan Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya itu. Kan Allah Maha Penyayang...


Cehh... Pandai aku cakap cakap kan.. Kadang kadang pun aku lost jugak, jeles jugak.. Puii.... =P




  
ini tah dating tahun bile. 2010 kalau tak silap.


Friday, February 10, 2012

Februari - kehidupan semakin berkembang

Meneruskan kehidupan seperti yang telah ditentukan, diaturkan. Kerana itu yang terbaik.. Allah itu Maha Tahu apa yang terbaik.

Perkembangan terkini. Program Pendidikan Khas Integrasi memang akan dibuka. Perluasan sekolah punya program..
Tadi pegawai PPD yang unit Pendidikan Khas datang sekolah. Dan dia terus kata, hari Isnin nanti ada budak masuk dari Air Tawar 4. Terkedu tapi angguk je dan cakap ok. Hahah.. Adat la kan.

Semoga aku berjaya mewujudkan kelas Pendidikan Khas yang benar benar kelihatan sepertinya harus kelihatan. Ulala...
Macam banyak benda lak nak kena buat. Pening tiba tiba. Haha.. Aku ni tak habis habis nak blurr je.. Takpe lah.. Boleh tanya tanya kawan kawan dan orang orang berpengalaman..

Pengalaman bermakna tu.. Take it as a challenge.. Yeah!!

Setakat aku duduk kat sekolah nie, aku rasa sekolah nie ok je.. Cikgu cikgu pun nampak ok. Murid murid aku tak kenal sangat. Kenal murid yang aku ajar je sangat sangat. Melampau tak macam tu?? Hahaha.. Ape nak buat..


p/s : mac. tak sabar tunggu mac.. *senyumsenyum*

Friday, January 20, 2012

minggu yang dinanti

Yeay! Yeay! Cuti sekolah!
Sekolah aku cuti seminggu okeh.. Sangat sangat lega hati..

Cuti yang dinantikan.

Selamat Tahun Baru Cina juga! Kong Xi Fa Cai!

Diharap cuti yang seminggu ini akan lambat berlalu. Sama seperti lambatnya berlalu minggu pertama kerja ini. Heee....

Yelah. Depressed punya pasal. Semua terasa lama.. Huuuu..   =(



Kekasih di sebarang Laut China Selatan,
Aku rindu kau.. Setengah gila!


Tuesday, January 17, 2012

depressed tanpa rela

Aku rasa, aku stay sekolah ini dan akan dibuka program Pendidikan Khas. Aku la tu yang bukanya kelak.
Buat masa sekarang, Guru Besar suruh aku ajar budak LINUS kasi pandai dalam literasi. 10 orang.
Ada 3 orang LINUS tegar. Hardcore punya lah. Dan mereka bakal bakalnya menjadi murid Kelas Pendidikan yang akan dibuka kelak.
Tapi tah bila kelas tu nak bukak. Sebab sekolah belum dapat kebenaran membuka kelas baharu. Dua kali mohon, tidak dibenarkan. Guru Besar suruh bagi dia masa sampai awal bulan 2.
Ok, aku tunggu.
Dan yang pelik, kelas belum ada, guru sudah ada. Percaturan apakah?
Guru mentor pula menjadi masalah. Guru Pemulihan juga tiada. Maka siapa guru semior yang bakal mentor aku? Tungguuu....

Memikirkan semua ini. I'm depressed. Sangat depressed!

Aku rasa seperti terkontang kanting dalam sekolah. =(

I'm tired.

So very tired and depressed..

I really really really need strength..
Ya Allah. Bantulah aku.

Membaca entry Dena Bahrin ini buat hati lega sedikit.. Alhamdulillah.

Monday, January 16, 2012

januari - permulaan masa depan 2

Hai Kota Tinggi. Sekarang meneruskan hidup ke Kota Tinggi.

Beberapa hari sebelum hari ini, malam Sabtu rasanya, aku dapat taw aku telah dipostingkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 1 (JBA3030).
Dan aku juga dapat tahu sekolah itu TAKDE Program Pendidikan Khas.
Perasaan? Tak tahu nak berperasaan macam mana. Sebak mungkin. Sedih juga. Hampa juga mungkin. Gembira mungkin. Dan aku seperti pasti, si hampa itu yang menguasai.

Mulalah aku rasa tak keruan dalam hidup. Makan pun tak berapa lalu. Rindu kekasih pun aku tak pernah sampai macam ni. Tapi bila dah lapar, aku baham je. Haha.

Baru berangan mahu menimba ilmu dan pengalaman dari yang berpengalaman.
Baru berangan mahu mengajar murid khas.
Baru berangan pergi balik sekolah kekasih hantar ambil. Eh, terkeluar topik pula.

In the end of the conflict, minda rasional suruh aku take it as a challenge. Phew!

Guru Besar pelik jugak sebab aku masuk sekolah dia sedangkan sekolah dia takde program Pendidikan Khas pun. Bila dia  tanya Encik PPD, dia pun pelik jugak dan sepatutnya kes ini tidak berlaku. Posting harus ikut opsyen. Huuu.. Dan dia kata akan ada rombakan semula untuk penyeimbangan guru.
Semoga akan dipindah ke sekolah ada program. Insya Allah.
Sementara ni, suruh i duduk Kelas Pemulihan pula. Okeh, baik la.
Saya yang menurut perintah.

Kekasih. Dia ke Kapit, Sarawak. Kapit adalah kawasan pedalaman, ye. Cuba tengok peta, Kapit tiada persisiran pantai. Kapit di tengah tengah negeri Sarawak. Maka, pesawat ringan diperlukan.
Semoga berjaya, kekasih. *wink*

Wednesday, January 11, 2012

januari - permulaan masa depan

It's January!! Selamat Tahun Baru 2012. Haha. Ketinggalan zaman.
Baaaanyak impian tahun baru.
Semoga seeeeemua tercapai..
Yang paling terpenting sekali, aku mahu menjadi seorang gadis yang sangat sangat sangat tabah dan cekal hati menempuhi kehidupan yang mendatang..

Hmm... Dah tahu negeri penempatan. 9 haribulan hari tu dapat tahu.
Aku tengah baru suam suam kuku nak terlena, Masliza eksaited telefon aku bagitahu pasal penempatan yang baru boleh check di malam malam hari yang dah nak menjejak kaki ke 10 haribulan.

Dia kata, dia dapat Terengganu. Syam dapat Johor. Tahniah tahniah.
Aku? Mestilah suruh dia check kan sekali.
Yeay! Alhamdulillah dapat Johor.. Masliza pun tumpang eksaited sekali. Hihi. Comel lah dapat kawan macam nie.
Kekasih? Dia pergi Sarawak. Bye kekasih.. *sedih*
Sedih sampai susah nak tidur balik. Melampau betul perasaan sedih ni..

Jumaat nie baru tahu dapat sekolah mana.
Semoga dekat.
Selamat menjadi guru. Kawan kawan pun sama..

Kekasih pergi Sarawak. Lebih jauh dari dulu.
Memang takdir untuk sering berjauh. *tongkatdagu*
Mungkin ada hikmah. Setiap yang berlaku, ada sebab dan akibat..
Tu sebab aku minta jadi kuat, jadi tabah dan cekal hati.