Wednesday, October 19, 2011

mereka - aku kecewa

Kat dunia nie, kita akan jumpa macam macam jenis perangai manusia. Yang menyenangkan hati. Yang tak menyenangkan hati. Maka dari situ kita akan belajar sesuatu. Belajar nak hadapi manusia yang macam tu. Nak melawan balik ke, nak biarkan je ke, nak sabar je ke, nak ikutkan je ke. Tapi memang susah la. Boleh biarkan. Tapi makan hati je.

Kadang kadang aku tak faham kenapa mereka macam tu. Kenapa mereka keras hati sangat? Kenapa mereka tak boleh nak berfikir dari sudut yang positif? Kenapa mereka tak boleh nak menyenangkan hati orang lain? Kenapa mereka tak boleh nak berkorban sedikit masa untuk seorang yang lain? Kenapa mereka tak boleh nak bertolak ansur sedikit? Kenapa mereka selalu bagi macam macam alasan? Kenapa mereka cuba untuk menghindarkan diri sedangkan kita kawan dengan mereka macam biasa? Kenapa mereka tak berfikir macam yang aku dan kami kami fikir? Kenapa mereka macam tu? Aku teringin sangat nak tahu apa yang mereka fikirkan?

Aku betul betul mahu alasan yang kukuh macam tembok besar china. Kalau alasan macam budak tadika, tak sepadan la dengan umur kau yang sepatutnya dah macam mak bapak budak tadika tu.

Kalau kita dah bersama bertahun tahun, pastinya banyak kenangan yang tercipta kan? Tapi tak. Pastinya aku nak mengabadikan sesuatu supaya dapat dikenang sampai mati. Waktu kehidupan macam ini cuma datang sekali sahaja seumur hidup. Apa salahnya berkorban sedikit. Sekali je kami mintak. Sebelum ni kami tak mintak apa apa. Tak rugi apa apa pun. Nanti kalau masing masing dah ada keluarga sendiri lagi la susah. Lepas nie, kau belum tentu dapat jumpa aku lagi. Boleh tak mereka fikir macam aku? Bukan aku suruh mereka fikir benda lucah tak baik sama sama. Tapi tak tahu la kalau mereka rasa apa yang aku suruh fikir tu benda tak baik.

Haih. Mereka, mereka. Aku hampa. Sangat hampa. Bukan aku mintak kau belanja aku percutian kelas satu pergi Paris.

Kalau lah aku punya kuasa. Aku nak psikik mereka, biar mereka patuh.
Kalau lah aku jahat. Aku mahu bahasakan mereka semua.

Tapi. Jangan dilupa. Sebahagian daripada mereka, Kami kami, tidak pernah berkira untuk mencipta sesuatu bersama. Jika wang dijadikan alasan, kami kami pun bukan la berwang sangat. Tapi cukuplah untuk mencipta sesuatu yang indah. Bukannya habis beratus beribu. Pandai kau belanja, cukup la duit kau. Kau kan dah besar.

Haih. Cakap pasal benda berkait dengan manusia, seratus tahun pun tak habis. Kerana manusia sentiasa ada. Titik.


**************************************


Tidak mungkin dilupa. Terima kasih kepada kawan kawan yang memberi peluang untuk aku mencipta sesuatu bersama mereka. Sayang kamu kamu.

Percutian 50 ringgit telah terabadi. Bukan senang nak kumpul dengan kawan kawan. Time belajar macam ni je la waktu yang paling bermakna. Tak dapat dah nak rasa zaman study bersama teman teman seperjuangan. Pergi Port Dickson mencipta sesuatu yang tak dapat dibeli kat shoping mall. Haha.
Percutian 50 ringgit ;p

 
percutian 50 ringgit. we love port dickson! semangat kot cari baju tu. haha!




Rindu juga nak cipta sesuatu yang macam nie. Bukan senang nak kumpul semua bila dah bawa haluan masing masing. Terima kasih kawan kawan.

kawan kawan



Entry yang di atas aku tak mention nama siapa siapa. Tapi kalau kau baca, kau terasa. Maka, kau la mereka mereka dan kami kami itu.. Siapa yang makan hempedu, dia yang terasa pahitnya. Titik.


4 gulahati:

ZuHa BuDak KamPunG said...

macam menarik la percutian kau ke pd tu? jom pergi beramai2 lagi.... aku rase aku perlu cuti rehat lah... sesak dengan perangai manusia yang mengjengkelkan kat sekeliling ni. eh laras bahasa aku pun da terikut-ikut kau.... hahahaha

. h i d a y a h . said...

oh biasa lah. laras bahasa itu penting. hahaa.. mari lah. boleh saje.. bajet 50 ringgit je. hihi. seting time yg menarik la ape lagi.. hehe~

half-freeze said...

aku takde cuti nak join~~ sob3~

. h i d a y a h . said...

tunggu ko apply cuty la... hihi~